Kerjaya Muzik Changmin

TVXQ

Barisan ahli sah untuk TVXQ terdiri dari Changmin, U-Know Yunho, Kim Jaejoong, Park Yoo-chun, dan Kim Jun-su. Kumpulan ini secara rasmi debut pada 26 Disember 2003 dalam pertunjukan BoA dan Britney Spears. Mereka mempersembahkan single debut bertajuk "Hug", yang menjadi hit di Korea Selatan. TVXQ telah melancarkan album-album nombor satu di Korea sejak album studio kedua mereka Rising Sun (2005), yang juga album yang memberikan mereka anugerah Daesang (대상) mereka yang pertama, atau Anugerah Utama, di Mnet KM Music Festival. Album Korea yang keempat Mirotic (2008) adalah Album Terbaik pada Festival Muzik Mnet KM 2008 dan Anugerah Golden Disc 2008. Album ini menampilkan lagu mereka yang amat dikenali dan single yang paling laris, "Mirotic."

Pada tahun 2005, TVXQ debut di Jepun dengan single "Stay With Me Tonight" yang mencapai kedudukan ke-37 dalam Carta Single Oricon pada masa pelancaran. Mereka menyambar single nombor satu buat pertama kali di Jepun dengan "Purple Line" (2008). Album Jepun keempat mereka berjudul The Secret Code merekodkan penjualan platinum untuk single "Dōshite Kimi o Suki ni Natte Shimattandarō?" dan "Share The World" (2009), lagu tema untuk animasi One Piece.

TVXQ telah terlibat dalam kes undang-undang dimana ahli Jaejoong, Yoochun dan Junsu mengemukakan injunksi terhadap agensi mereka pada Julai 2009. Ini telah membawa kepada perpecahan kumpulan dimana mereka bertiga meninggalkan TVXQ yang menerima publisiti meluas pada tahun 2010. Setahun kemudian, Changmin dan Yunho kembali sebagai duo, melancarkan album-album di Korea Selatan dan Jepun. Sebagai duo, TVXQ telah meletakkan tanda aras untuk rekod jualan album dan rekod kedatangan konsert di Jepun, menjadi artis luar negara yang paling laris dan kutipan tertinggi di Jepun.[4]

S. M. The Ballad dan karier solo

Pada tahun 2014, Changmin menyertai kumpulan balada S.M. the Ballad, sebuah projek kecil yang menggabungkan semua penyanyi S.M. Entertainment yang mempunyai vokal yang hebat yang memfokuskan pada genre balada, pada mulanya dibentuk oleh S.M. Entertainment pada 2010. Dalam album kedua kumpulan ini berjudul Breath, beliau menyanyikan versi Jepun untuk lagu "Breath" bersama Krystal Jung, ahli kumpulan f(x).[5]

Changmin melancarkan album solo Jepun pertama berjudul Close To You pada 18 November 2015, satu hari sebelum beliau menyertai khidmat tentera. Lagu utama adalah sebuah lagu balada berjudul "Into The Water", diantara enam lagu lain. Dipakejkan bersama sebuah DVD yang mengandungi sebuah muzik video dan klip-klip belakang tabir, album ini merupakan edisi terhad dan hanya terbuka untuk ahli kelab peminat Jepun mereka, Bigeast.[6]

Rujukan

WikiPedia: Changmin http://www.donga.com/fbin/output?f=j__&n=200709200... http://www.donga.com/fbin/output?f=j__&n=200712040... http://koreajoongangdaily.joins.com/news/article/a... http://koreajoongangdaily.joins.com/news/article/a... http://koreajoongangdaily.joins.com/news/article/a... http://www.koreaherald.com/view.php?ud=20150707001... http://enewsworld.mnet.com/enews/contents.asp?idx=... http://www.newsen.com/news_view.php?uid=2011030223... http://www.newsis.com/article/view.htm?cID=&ar_id=... http://en.tenasia.com/2012/09/24/tvxq-reveals-catc...